Pages

Sunday, September 23, 2007

Happy Birthday to birthday babies...

Last saturday, 22/9 kitorang ader office birthday party. Birthday ni adalah untuk staff-staff yang lahir bulan july, august dan september. Venue birthday party tu adalah di the chevron. What is the chevron?. The chevron adalah sebuah club house dekat IBP ni. Before start birthday party tu..kitorang ader bowling game. Sumer kene main. Adoi...dah lama aku tak main bowling ni. Pagi tu kitorang sampai chevron dalam kol 9.15 am. Blom ramai g yang sampai. Tapi vice president dah sampai...semangat tol orang tua ni...aku, iza, lydia and d satu team. Heheee..sib baik..Edmund dengan wong tak datang. Wong balik msia. Kitorang kene main 3 game. Huhuuu..penat tangan aku baling bola. Sib baik dapat jugak strike...heheee..Of course la team kitorang tak menang. Kitorang menang sorak jerk. Kene main plak lane sblh boss..huhuu...sib baik dia sporting. Habis game..potong kek..bg hadiah untuk sumer birthday babies dan winner utk bowling tu. Oleh kerana kitorang ni tgh posa..so x der la join diorang makan-makan. Habis bg hadiah sumer kitorang trus cabut..heheee..Trus g IMM jalan-jalan jap. Pastu amik MRT smpi Paya Lebar. Dekat MRT paya lebar ni la terletaknye Geylang serai. What is Geylang Serai?. Geylang Serai adalah salah satu Malay Village kat singapore ni. Sampai kat geylang kol 2.00++ tgh panas giler time tu. Adoi..kat sini diorang buat bazar banyak giler sempena bulan posa ni. Kiranyer cam bazar kat jalan TAR tu ler. Banyak bende la diorang jual kat sini. Baju raya x yah cakap. Apa yang aku tengok kat sini...baju raya diorang meriah-meriah. Kalau cam kat tpt kite kan baju raya simple jer. Tapi kat sini..siap lip lap lip lap lagi...Labuci bertabur...manik-manik lagi..sulam sana..sulam sini...harga lak..start from serendah SGD19.90..lebih kurang. Bazar dia kira besar gak..sampai penat-penat kitorang jalan. Kitorang survey harga jer dulu. Tak beli aper pun. Habis round bazar, kitorang g plak masuk Tanjung Katong Complex. Phewww..sejuk sket..dapat ekon. Aku masuk ler satu kedai langsir ni...aku diamanatkan untuk beli alas meja. So aku survey ler tengok-tengok mane yang berkenan. Kat luar tadi..aku survey, table cloth yang besar satu diorang jual SGD65..aku try tawar dapat SGD60 jer..adeh...tu baru satu..kedekut tul tokey kedai tu. Pastu kat kedai dalam ni..biler aku tawar-tawar dgn amoi tu..dia bagi ler aku SGD70 utk 2 table cloth yang besar...heheee kira murah ler tu. So aku pun beli la..2 table cloth yang besar and 2 coffee table nyer alas. Yang best nyer..amoi tu reduce 3 kali harga untuk aku. Ayat dia.."miss dont worry aaa...i will cut the price for you. I'll gave you the best price. Just pick which one you one."..hheheee. Siap dapat beg lagi dia bagi. Sib baik dapat beg. Kalau tak jenuh gak aku nak angkat. Pastu kitorang g ler kat city plaza complex. Depan Tanjung Katong Complex ni jer. Kat situ ader satu kedai nama dia kedai "Raja Kuih". Kedai ni dibuka 24 jam sepanjang bulan posa ni. Dia jual bermacam-macam kuih raya. Heheee...tapi cuba teka...biler kitorang tgk chop jer...hehee..made in msia..:P...Tak per la..kaya sket orang msia nnti. Aku rasa diornag kat sini mmg tak buat kuih sendiri kot. Makcik-makcik sibuk pilih biskut raya. Kitornag pun ader gak beli sket. Lepas city plaza, kitornag g masuk kat bazar ramadan tu blik. Kali ni nak g tapau makanan. Mula-mula planning nak buka kat geylang jer. Tapi memandangkan orang super la ramai...cancel ler planning tu. Banyak gak makanan diorang jual kat sini. Tapi still tak bole lawan bazar ramadan kat msia la. Abis jer tapau kitornag trus balik. Adeh dah tak larat nak tunggu. Huhuuu..Kitornag sampai umah dalam kol 6.30 ptg...so trus mandi semayang and tunggu buka posa...



Last edited by babybunny2u on September 23, 2007 at 6:44 pm

Thursday, September 20, 2007

Hari-hari d singapore

Dah 2 minggu lebih dok kat sini..badan pun dah stat sengal-sengal. Tiap-tiap ari kene rushing. Pagi bangun, besiap, tunggu bas kat bas stop. It's either bas no. 192 or 193. Bas kat sini tak tunggu orang. Kalau sumer orang dah naik bas dia trus jalan. So, biler nampak bas dah dekat nak sampai, kitorang kene lari arr kejar bas. huhuuu..everyday..Tambang bas lebih kurang dalam 0.60++ jer. Sampai kat Boon Lay Interchange, kene amik MRT lak. Dekat MRT stesen sini kene hati-hati sket sbb eskeleter dia laju. Tak mcm kat msia. Kalau agak-agak pening-pening ker...tak sihat ker..baik ler amik lif. Takut naik eskeleter kang jatuh plak. Naik dari MRT Boon Lay sampai Jurong East Interchange. Pastu kene g kejar shuttle bas IBP (International Bussiness Park) plak. Adoi..Kalau lambat nnti Q dah panjang. Masak nak berpanas pepagi. So better cecepat. Oleh kerana skg bln posa, boss bg kuar awal. Kol 5 dah bole blik. By default kol 5 kene trus kuar sbb ader satu shuttle bus lalu depan opis ni kol 5.15...kalau lmbat sket kuar...adoi..kene lari kejar bas arr..Pastu spt biasa, amik MRT dari Jurong East sampai Boon Lay. Biasanyer bila kitorang smpi jer kat Boon Lay mesti ader satu bus 192 or 193 yang lalu. So, kalau tak nak kene tinggal, kene ler jalan laju-laju kejar bas tu. Phewww....Dlm kol 6 dah bole smpi umah dah. Kitorang kat sini jarang makan kat luar. Untuk buka posa, kitorang masak sendiri. Biasanyer barang basah kitornag trus beli untuk seminggu. Giant ader depan umah jer. So tak susah. Lagi pun umah yang kitorang duduk skg ni complete. sumer ader. Smpai lesung batu pun ader. Paling tak tahan TV dia besar giler. aku rasa 40++ inci nyer tv kot...heheee..



Last edited by babybunny2u on September 20, 2007 at 6:28 pm

Thursday, September 13, 2007

Shopping@IMM

Last saturday kitorang masuk opis. Takder keje pun. saje nak surfing. Dok kat umah pun tak der nak buat aper. Masuk opis kol 11++ pastu dlm kol 2 kitorang pun balik. Kitorang kuar IBP ni jalan kaki je. Maklum la ari sabtu. Feeder bas pun tak banyak. Oleh kerana tak der bende nak buat, kitorang pun singgah kat IMM. What is IMM?. heheee...IMM adalah satu shopping complex dekat dengan opis ni. Time sekarang ni jugak, kat Singapore ader mid season sale. Untuk pengetahuan, kalau sale kat sini, sale dia giler-giler best. murah. Even kalau convert harga dia gi RM pun still murah lagi. First kitorang masuk kedai Esprit. Rambang mata giler. Baju dia offer serendah SGD10 jer. wheeee... aper lagi. shopping sakan ler. Sebab terlampau banyak sangat yang nak ditengok, sampai tak tau nak beli aper. Pattern kat sini mostly tak der kat M'sia. Kalau ader pun mahal. So, setelah satu jam pusing-pusing kat situ, beli la tshirt dgn beg (tapi ader hati utk datang lain kali lagi..:P). Lps masuk esprit, kitorang masuk plak Giordano....murah gak weiii....hehhee..tapi aku x der la beli apaper. But mayb next time aku datang, aku beli kot. Ader gak yang terbekenan di hati. Pas masuk Giordano, masuk plak G2000. Pengsan-pengsan, murah ma...Kemeja lelaki SGD23 jer...uhuk..uhukk..murah-murah...ader terbekenan satu seluar panjang nih. Aritu aku tengok kt KLCC harga dia RM89++ klu x silap. kat sini...hehehee...SGD19 jer. Lebih kurang RM40++ kat M'sia. Murah kan...Tapi malangnye..size aku dah x der...huaaaa...sumer yang tinggal size besar-besar. Adoi..kengkadang jadi orang kecik ni pun susah jugak..:P..setelah hampir sehari suntuk penat berjalan dekat IMM, kitornag pun amik keputusan balik umah. Kalau ikut rancangan ader lagi nak g tempat lain. Tapi sebab dah tershopping lama kat situ..cancel jer la plan yang lain. Sambung esok plak..:P



Last edited by babybunny2u on September 13, 2007 at 6:23 pm

Friday, September 7, 2007

Kisah Teksi

Last tuesday, 04/09/07 aku telah menggunakan khidmat teksi dari kl sentral ke corus hotel KL. Untuk sesiapa yang tak tau..klu amik teksi kt kl sentral kene beli kupon dulu...trus bayar harga dia kt kaunter. Harga base on mane kite nak pegi and harga tu adalah fix. So dari KL Sentral ke Corus hotel kitorng kene bayar RM11 sbb byk luggage skali. So aku, iza and d pun g ler kt q teksi. Dapat ler naik teksi sorang uncle nih. Pastu kitong mintak bukak boot blkg sbb nak masukkan beg. Oleh kerana beg d besar yang teramat...so kt boot blkg tu cuma muat beg dia dgn iza jer. Beg aku uncle tu letak kt sit depan. So kitorang bertiga dok kt sit belakang. Pastu bole plak pakcik tu bebel2 kate luggage kitorang banyak sangat. Tapi mase bayar kupon kt kaunter tadi...mmg kitorang dh bagitau yg kitorang bawak luggage. Then dia suh plak kitorang bayar tambah lagi seringgit kt dia. Pastu iza sound kat dia..." lagi seringgit tu dapat resit tak?..:P"...than dia jawap..." OK la..x payah bayar lagi seringgit"...:P pastu dia bt muke x puas ati...untuk pengetahuan...harga kupon teksi yg di beli kt kaunter teksi KL Sentral tu dah fix. Teksi driver tak bole suke-suke suh tambah harga lagi. Terms tu ada ditulis kat belakang kupon tu. Kitorang bertolak dari KL ptg and sampai Singapore mlm kol 8.30 ++. Turun kat Harbour Front. Sampai je kt Harbour Front, ader sorang teksi driver ni tanye.." Do u need a taxi. Mine is a big one. Enough for four of you and all the luggage"...so kitorng amik jer la tekxi tu. Berbeza dgn teksi driver kt msia...teksi driver kt sini sungguh ramah..hehee...byk ler dia citer-citer dgn kitorg. Teksi yang kitorang naik tu skoda. Mmg comfort ler. Dulu mase first time datang...dapat merasa naik teksi mercedes..hehee..bukan senang nak dapat naik teksi besar2 nih....adeh cuma luper jer nak amik gambo...nnti lain kali aku amik gambo and upload kt sini...heheee..Pastu sampai kt Jurong West (umah yang kitorng bakal duduk) uncle tu kate..." All of u just sit there. Dont touch the beg. Let me carry all the bag's ". Giler baik uncle tu. Siap angkat sumer beg-beg kitorng yang berat-berat tu. Siap welkem-welkem kitorang lagi. So dlm masa satu hari aku dah face 2 org driver teksi di dua tpt berlaianan dan perangai yang berlaianan. So nasihat pada teksi-teksi driver kat msia..."BERSOPAN LAH DGN CUSTOMER"...:P

Last edited by babybunny2u on September 7, 2007 at 10:42 pm
Draft Saved at 1:32:29 pm. Word count: 394
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space